Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (berdiri, tengah) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara STDC yang diwakili oleh Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Mohd Nazri Noh (duduk, tengah), Ketua Pegawai Eksekutif KNX Associate, Heinz Lux (duduk, kiri) dan Pengarah Seikou Systec Sdn Bhd, Ts Siew Peng Wah (duduk, kanan) di Ibu Pejabat Steinel GmbH Herzebrock, Dortmund, Jerman pada 19 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Tekad terus maju, negeri meterai MoU dengan beberapa syarikat teknologi di Jerman

HULU SELANGOR, 28 APRIL: Kerajaan Negeri Selangor menerusi beberapa anak syarikat termasuk Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan beberapa syarikat teknologi di Jerman untuk memajukan lagi negeri itu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata MoU itu, yang membabitkan syarikat teknologi seperti Siemens, KNX dan Mendix, ditandatangani ketika beliau bersama delegasi Malaysia melawat Jerman baru-baru ini bagi menyertai Hannover Messe iaitu forum dan pameran teknologi.

“Ini semua memberikan peluang untuk meningkatkan sumber manusia dalam negeri kita di samping menambah pelaburan bernilai tinggi dan mampu membawa peluang pekerjaan kepada semua rakyat di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Riuh Raya #KitaSelangor 2024 di sini malam tadi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat reruai Festo sempena Pameran Perdagangan Industri Hannover Messe 2024 di Hannover, Jerman pada 22 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Amirudin juga berkata Selangor terbuka untuk menjadi ‘rumah’ dan ‘payung’ kepada semua rakyat Malaysia yang berhijrah ke negeri itu atas semangat kebersamaan serta perpaduan.

– BERNAMA


Pengarang :