Petugas Pejabat Kesihatan Kuala Langat mengambil sampel saringan Covid-19 ke atas seorang warga asing di Pangsapuri Langat Utama, Kuala Langat pada 1 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 bawah 2,000 tiga hari berturut-turut, Selangor tertinggi

KUALA LUMPUR, 8 MAC: Jumah kes baharu harian Covid-19 di negara ini terus merekodkan penurunan di bawah 2,000 untuk tiga hari berturut-turut dengan 1,529 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata negeri Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 726 kes diikuti Sarawak (252); Johor (120); Negeri Sembilan (89); Pulau Pinang (76) manakala Sabah dan Kuala Lumpur masing-masing 71 kes.

Menerusi ciapan di Twitternya mengenai perkembangan penularan Covid-19 hari ini, beliau berkata Perak merekodkan 49 kes; Kelantan (28); Perlis (17); Terengganu (13); Kedah (sembilan); Melaka (empat); Pahang (tiga); Putrajaya (satu) dan Labuan pula tiada kes.

-BERNAMA


Pengarang :