Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra dengan peniaga Program Pahlawan Bebas Plastik di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 10 Mac 2021. Foto MUSTAKIM RAMLI/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Produk kitar semula mesra pengguna, lebih tahan lasak

SHAH ALAM, 11 MAC: Peniaga Program Pahlawan Bebas Plastik mengakui produk kitar semula lebih tahan lasak dalam urusan pembungkusan makanan.

Kenneth Sim

Kenneth Sim, 30, berkata penggunaan bahan plastik seperti sudu dan garpu juga dilihat tidak mesra pengguna dan mudah patah.

“Bekas makanan boleh kompos disedia penganjur program ternyata berkualiti apabila makanan tidak melekat pada bekas dan pelanggan berasa dihargai menggunakannya,” kata pengusaha makanan barat itu ketika ditemui.

Sementara itu, Hayati Ismail, 46, berkata penggunaan bekas makanan diperbuat daripada serat batang tebu lebih mudah dilupuskan.

Peniaga nasi ulam berpandangan kos menyediakan bekas itu juga tidak membebankan selain pembeli lebih selesa menggunakannya.

Hayati Ismail

“Sudah dua tahun saya menggunakannya kerana maklum balas pelanggan berpuas hati dengan bekas seperti ini dan secara tidak langsung mendidik masyarakat menghargai bahan mesra alam,” katanya.

Program Pahlawan Bebas Plastik membabitkan 10 peniaga kecil yang perlu menjual makanan mereka selama sebulan tanpa penggunaan bekas plastik.

Setiap peniaga menerima 1,000 set berupa bekas makanan diperbuat daripada serat tebu serta sudu dan garpu buatan kanji.


Pengarang :