DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menyantuni peniaga nasi kandar Sheikh Mohd Mohamed Basheer, 35, bersama peniaga burger Mohd Saad Hassan, 54, selepas baginda berkenan menyerahkan kunci kenderaan saji mereka ketika lawatan baginda ke Wisma Kohijrah di Seksyen 32, Shah Alam pada 25 Mac 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

SAY lahir 50 usahawan OKU, bantu kembang niaga

SHAH ALAM, 26 MAC: Selangor Youth Community (SAY) berjaya melahirkan kira-kira 200 usahawan menerusi program SAY Lead.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nurul Azwa Rodzi berkata  daripada jumlah itu 50 individu merupakan orang kelainan upaya (OKU).

“Menerusi program itu mereka diberi bimbingan dan latihan selama enam bulan untuk mengembangkan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas kunjungan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ke Wisma Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) di sini semalam.

Pada majlis sama, Nurul Azwa berkata kerjasama julung kali Say Lead dan Kohijrah untuk membantu usahawan memasarkan produk mereka.

“Kerjasama ini juga bertujuan memberi pendedahan dan bantuan kepada usahawan ini daripada aspek pinjaman dan kaedah pemasaran produk di Kohijrah Mart secara fizikal atau dalam talian,” katanya.

Say Lead adalah program Keusahawanan Selangor di bawah naungan DYTM Tengku Amir Shah bertujuan menghubungkan usahawan dan agensi di Selangor kepada peluang perniagaan.


Pengarang :