Penghantar barangan Seldec mengangkat beg selepas pelancaran portal Rantaian e-Bekalan Digital Selangor dan aplikasi Seldec Rider di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 24 Jun 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Seldec bantu pasar produk 1,500 peniaga sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 15 MAC: Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec) bekerjasama dengan dua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memasarkan produk peniaga kecil sepanjang Ramadan.

Pengurus besar pembangunan perniagaannya berkata program bersama Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bakal memanfaatkan 1,500 peniaga di bazar dan rumah.

“Aplikasi Dapur Seldec dan Dapur Seldec Rider diwujudkan khusus untuk e-bazar Ramadan, kemudian aplikasi ini kita akan kembangkan untuk peniaga pasar malam, pasar pagi dan pasar awam.

“Seldec juga menguruskan sistem penghantaran oleh menerusi Dapur Seldec Rider dalam lingkungan lima hingga tujuh kilometer daripada peniaga atau zon,” kata Mohd Fauzan Elham kepada SelangorKini hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut membantu proses pendaftaran peniaga serta memberi penerangan berhubung kaedah jualan dan transaksi.

Seldec dilancarkan pada 3 Oktober 2019 untuk membantu peniaga meningkatkan pendapatan menerusi jualan secara dalam talian.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Seldec akan digunakan untuk memasarkan hasil tani, produk usahawan kecil dan barangan basah secara meluas.

Seldec yang diterajui Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd menghubungkan pembeli dan penjual secara langsung melalui pautan https://www.seldec.com.my/en.


Pengarang :