Foto Twitter STFC
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Warga Selangor kekal paling ramai dapat suntikan vaksin Covid-19

SHAH ALAM, 15 MAC: Selangor kekal negeri tertinggi menerima suntikan vaksin dalam kumpulan fasa pertama program imunisasi kebangsaan membabitkan 36,163 individu setakat semalam.

Laporan harian pemberian dos pertama vaksin mengikut negeri menyaksikan Perak pada kedudukan kedua iaitu 33,036 individu manakala Sarawak 31,527 orang.

Mengikut data dikongsi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di Twitter, seramai 301,699 individu menerima suntikan tersebut di seluruh negara.

Negeri lain iaitu Kuala Lumpur mencatat 28,244 individu, Sabah (26,446), Pahang (25,325), Johor (22,965), Kedah (18,539) dan Pulau Pinang (16,758).

Kelantan pula seramai 15,441 orang, Terengganu (14,137), Negeri Sembilan (12,209), Melaka (7,963), Perlis (6,807), Putrajaya (3,827) dan Labuan (2,342).

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menyeru masyarakat menerima vaksin sehingga mencapai imuniti kelompok.

“Imunisasi melindungi diri, keluarga, komuniti serta negara,” tulisnya di Twitter.

Pada 21 Februari, sebanyak 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari kilang di Belgium.

Selangor menerima 78,000 daripada jumlah tersebut yang akan mengutamakan wakil rakyat dan petugas hadapan serta diagih secara berperingkat mengikut kumpulan sasaran atau berkepentingan.

Foto Twitter Vaksin Covid-19 @JKJAVMY

 


Pengarang :