Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan perasmian Pelancaran Program Outreach Imunisasi Covid-19 peringkat Selangor di Dataran Puchong Permai, Puchong pada 4 April 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

MB: Penjawat awam perlu jadi contoh daftar terima suntikan vaksin

SUBANG JAYA, 4 April: Dato’ Menteri Besar meminta semua ketua jabatan penjawat awam di negeri ini memastikan kakitangan mereka membuat pendaftaran suntikan vaksin Covid-19.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata seramai 17,000 golongan itu perlu menjadi contoh kepada masyarakat supaya yakin menerima suntikan.

“Selepas fasa pertama suntikan melibatkan petugas hadapan berakhir, fasa dua dijangka bermula pada bulan ini serta dikuti fasa tiga.

“Kita minta ketua jabatan pastikan kakitangan di bawah seliaan masing-masing sudah mendaftar,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Program Perluasan Imunisasi Covid-19 di Dataran Puchong Permai hari ini.

Pada Khamis lepas, ketua setiausaha negara mengingatkan penjawat awam mengelak terlibat gerakan antivaksin.

Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata mereka yang menerbit, mengedar kenyataan, khabar angin atau berita berhubung antivaksin boleh dikenakan tindakan.

Fasa kedua suntikan vaksin yang sepatutnya pada 19 April diawalkan dua hari, dengan menyasarkan seramai 9.4 juta penerima melibatkan warga emas, pesakit kronik, orang kelainan upaya dan mempunyai lebih satu penyakit.


Pengarang :