Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas program Jelajah Ramadan #KitaSelangor dan majlis Iftar Bersama Agensi Kerajaan dan Ketua Kampung di Dewan Siantan, Gombak pada 19 April 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor tutup 19 sekolah, elak penularan Covid-19

SELAYANG, 19 APRIL: Sebanyak 19 sekolah di negeri ini ditutup selama tujuh hari mulai esok bagi mengelak penularan Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata langkah itu merupakan cadangan Kerajaan Selangor kepada kementerian berikutan peningkatan kes melibatkan warga sekolah.

“Ini adalah situasi terbaharu yang sedang kita perhatikan dan ia turut dibincangkan Majlis Keselamatan Negara Selangor pada Ahad (semalam).

“Kita teliti memang ada 19 sekolah (yang perlu ditutup) dan cadang kepada kementerian,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas menghadiri program pertama Jelajah Kita Selangor Ramadan hari ini.

Terdahulu, tular satu notis penutupan 19 sekolah di negeri ini dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

Merujuk notis berkenaan, arahan penutupan dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling susulan situasi semasa sekolah yang terbabit.

Sekolah terlibat:

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong

2. SMK Bandar Sri Damansara 2

3. SMK Damansara Jaya

4. SMK Seksyen 7

5. SMK USJ 23

6. SMK Puchong

7. SMK Puchong Utama 1

8. SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara

9. SMK Bandar Puncak Jalil

10. SMK Seksyen 20

11. SMK Puchong Perdana

12. Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Perdana

13. SK Bandar Baru Sri Damansara 2

14. SK Bukit Kuchai

15. SK Bandar Sri Damansara 3

16. SK Bukit Jelutong

17. SK USJ 20

18. Sekolah Agama Menengah Bestari Subang

19. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chai


Pengarang :