Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika majlis menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anggota PGA di Markas Taktikal Pos Sg Belangkan pada 10 Mei 2021. Foto Twitter Amirudin Shari
AGENDANASIONAL

Kerajaan Negeri sumbang motosikal elektrik kepada PGA

SHAH ALAM, 10 MEI: Kerajaan Negeri menyumbangkan motosikal elektrik kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) di Markas Taktikal Pos Sungai Belangkan hari ini.

Dato’ Menteri Besar berkata seramai 170 anggota terlibat dengan Ops Benteng Covid-19 yang bertujuan mengawal dan mengawasi sempadan negara di seluruh Selangor.

Motosikal elektrik yang disumbangkan Kerajaan Selangor kepada Pasukan Gerakan Am Markas Taktikal Pos Sg Belangkan pada 10 Mei 2021. Foto Twitter Amirudin Shari

“Saya terharu dan berbangga melihat komitmen dan semangat anggota ini yang teguh melaksanakan tugas,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Pada masa sama, Amirudin turut menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada mereka bagi meraikan Syawal yang bakal tiba.


Pengarang :