Petugas kesihatan membuat ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Dewan Orang Ramai Titiwangsa, Hulu Langat pada 10 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Lima daerah catat tiga angka kes Covid-19, Petaling tertinggi

SHAH ALAM, 12 MEI: Lima daerah di Selangor hari ini merekodkan tiga angka kes jangkitan baharu Covid-19.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan daripada 2,082 kes dilapor seluruh negeri 1,915 dicatat di kelima-lima daerah itu.

“Petaling merekod bilangan kes positif tertinggi membabitkan 720 diikuti Klang (502), Hulu Langat (382), Kuala Langat (172) dan Gombak (139).

“Manakala Sepang mencatat 80 kes, Kuala Selangor (62) dan Hulu Selangor (21). Hanya Sabak Bernam merekodkan satu angka iaitu tiga kes,” kata agensi itu menerusi Facebook.

JKNS juga memaklumkan secara keseluruhan 147,829 kes positif Covid-19 dicatat dengan 633 jangkitan dari luar negara serta 443 kematian akibat pandemik itu.


Pengarang :