Tinjauan di Sungai Semenyih, Dengkil yang tercemar hingga menyebabkan LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas pada 5 Oktober 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

LUAS berjaya halang 24 insiden pencemaran air setakat Mei

SHAH ALAM, 12 MEI: Sebanyak 24 insiden pencemaran sungai berjaya dihalang daripada berlakunya henti tugas loji rawatan air (LRA) setakat 11 Mei.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata pihaknya sentiasa komited memastikan kelangsungan sumber air dan menyeru penduduk prihatin terhadap kawasan sensitif sumber air negeri terutamanya sungai.

“Merujuk Seksyen 104(4), Enakmen LUAS 1999 (Pindaan 2020), agensi boleh memberi apa-apa ganjaran kepada mana-mana orang bagi pemberian maklumat berkenaan pengesanan apa-apa kesalahan.

“Ganjaran adalah tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditentukan oleh LUAS. Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air adalah tanggungjawab bersama,” katanya dalam kenyataan.

Mereka yang ingin melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan yang akan menyebabkan pencemaran sumber air boleh hubungi talian WhatsApp 019-264 7904 atau e-mel [email protected].

Pada 30 Mac, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata LUAS berjaya menangani sembilan kes pencemaran sekali gus mengelak henti tugas LRA sejak Januari hingga 22 Mac.

Sepanjang tahun lalu, LUAS berjaya menangani 19 daripada 29 kes pencemaran air. Bagaimanapun, baki 10 kes menyebabkan henti tugas LRA sehingga menjejaskan bekalan air kepada pengguna.


Pengarang :