Warga emas Bait al-Mawaddah mendengar ceramah yang disampaikan oleh Pencetus Ummah Nor Hamizi Jamaluddin secara maya di pusat jagaan itu pada 30 April 2021. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

Rai Nuzul Quran, warga emas Bait al-Mawaddah anjur mini tilawah

SHAH ALAM, 4 MEI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menganjurkan sambutan Nuzul al-Quran di pusat jagaan warga emas Bait al-Mawaddah di sini, Jumaat lalu.

Antara program yang diatur ialah slot ceramah yang disampaikan Pencetus Ummah Nor Hamizi Jamaluddin secara maya dan pertandingan mini tilawah.

Turut diadakan, mini kuiz al-Quran, pentandingan melakar poster dan khatam al-Quran.

“Majlis ini kemuncak bagi aktiviti kerohanian sepanjang Ramadan mulai 12 April yang dikendalikan oleh Unit Kerohanian dengan kerjasama warga kerja Bait al-Mawaddah,” menurut LZS di Facebook.

Agensi itu menambah pusat jagaan terbabit turut menganjurkan solat tarawih berjemaah, tadarus al- Quran, program literasi al-Quran dan bayaran zakat fitrah sepanjang Ramadan.

“Mudah-mudahan dengan aktiviti seperti ini ayahanda dan bonda Bait al-Mawaddah akan terus mencintai al-Quran dengan mengamalkan membaca dan mentadabbur sepanjang masa,” kata LZS.

 


Pengarang :