Petugas Pejabat Kesihatan Kuala Langat mengambil sampel saringan Covid-19 ke atas seorang warga asing di Pangsapuri Langat Utama, Kuala Langat pada 1 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor catat 11,420 kes aktif dalam tempoh 14 hari

SHAH ALAM, 5 MEI: Selangor mencatatkan kes aktif Covid-19 tertinggi membabitkan 11,420 jangkitan dalam tempoh 14 hari mulai 21 April hingga semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daerah Petaling mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 4,463 kes, Hulu Langat (2,596), Klang (1,521) dan Gombak (1,091).

Data pergerakan taburan kes Covid-19 itu juga menunjukkan sebanyak 93 daerah di seluruh negara berstatus zon merah, dengan 61 daripadanya di Semenanjung.

“Hanya lima daerah di Semenanjung masih kekal zon hijau, tujuh di Sabah manakala tiada zon hijau di Sarawak,” tulis KKM di Facebook.

Data juga menunjukkan semua daerah di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya bertukar kepada zon merah sepenuhnya.

Enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok hingga 17 Mei.

Sebelum ini, PKP turut dilaksana di seluruh Kelantan mulai 22 April hingga 17 Mei. Arahan sama turut dikenakan lima daerah di Kedah mulai 1 hingga 14 Mei.

Sumber grafik Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

 


Pengarang :