Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Komuniti MBPJ, Petaling Jaya pada 23 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jumlah harian turun bawah 5,000 kes, pertama kali sejak hampir sebulan

SHAH ALAM, 14 JUN: Jumlah kes harian Covid-19 turun 355 kes kepada 4,949 kes berbanding semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Rekod dikongsikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan bilangan kes bawah 5,000 pertama kali dicatatkan dalam bulan ini.

Kali terakhir negara merekodkan kes paras 4,000 ialah pada 18 Mei iaitu sebanyak 4,865 kes.

Selain Selangor yang mencatat 1,523 kes, Sarawak merekodkan 744 kes, Kuala Lumpur (503), Johor (430), Negeri Sembilan (323) dan Pulau Pinang serta Kelantan masing-masing 214 kes.

Berikut pecahan kes bagi negeri-negeri lain:

Kedah – 199
Perak – 136
Melaka – 119
Labuan – 113
Terengganu – 86
Pahang – 61
Putrajaya – 10
Perlis – 1


Pengarang :