Petugas kesihatan Klinik Selcare melakukan ujian calitan ke atas peserta program Saringan Komuniti Covid-19 percuma anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Serbaguna Teluk Pulai, Klang pada 29 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 turun lebih 1,000, Selangor rekod 1,582

SHAH ALAM, 12 JUN: Kes baharu Covid-19 menurun lebih 1,000 kes hari ini dengan mencatat 5,793 kes berbanding 6,849 kes semalam.

Data dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia di Facebook juga menunjukkan kes di Selangor menurun kepada 1,582 kes berbanding 2,558 kes semalam.

Berdasarkan rekod itu, jumlah keseluruhan jangkitan wabak di negara ini ialah 652,204 kes, manakala Selangor mengumpul 212,985 kes.

Pecahan kes negeri/wilayah lain:
Negeri Sembilan – 618
Sarawak – 569
Kuala Lumpur – 559
Johor – 504
Sabah – 378
Kelantan – 337
Labuan – 250
Perak – 218
Pulau Pinang – 198
Melaka – 178
Kedah – 171
Pahang – 121
Terengganu – 82
Putrajaya – 23
Perlis – 5


Pengarang :