Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media di Wisma Pertahanan Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur pada 24 Disember 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Menteri: Bukan minuman asas, operasi kilang arak ditutup ketika PKP

SHAH ALAM, 1 JUN: Operasi kilang minuman keras di seluruh negara diarah tutup serta-merta sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai hari ini.

Menteri kanan keselamatan berkata arahan itu berikutan ia tidak termasuk dalam kategori keperluan asas.

“Walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas sahaja,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan.

“Oleh yang demikian, kilang minuman keras tidak termasuk di dalam kategori keperluan asas. Sehubungan itu, kerajaan bersetuju supaya semua kilang-kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta.”

Dalam kenyataan yang sama, Ismail juga menjelaskan bekalan makanan di peringkat peruncit dan pemborong adalah stabil dan mencukupi.

Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat 717 pemantauan terhadap 11 jenis barangan melibatkan peruncit (522), pemborong (164) dan pengilang (31).

Kementerian itu juga melakukan 1,590 pemeriksaan khas dan mendapati semua premis mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).


Pengarang :