Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan SISM40 membabitkan kerjasama MBI dan Telekom Malaysia (TM) selepas menyedari kesulitan dihadapi rakyat negeri ini dalam mendepani cabaran Covid-19. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Permohonan subsidi internet Kerajaan Selangor dibuka mulai esok

SHAH ALAM, 30 JUN: Isi rumah kategori M40 di Selangor boleh memohon subsidi internet Kerajaan Negeri mulai esok.

Permohonan Skim Internet Selangor Kategori M40 (SISM40) boleh dibuat secara dalam talian melalui https://www.sism40.com.my/.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI berkata golongan berkenaan boleh menikmati subsidi antara RM10 hingga RM30 sebulan selama setahun dengan melanggan satu daripada lapan pakej ditawarkan di bawah pakej keluarga, pakej bujang dan pakej asas.

“Kerajaan Negeri bekerjasama dengan semua 56 pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha memastikan seramai mungkin mereka yang layak mendapat manfaat skim ini,” kata MBI menerusi kenyataan hari ini.

Menerusi Pakej Kita Selangor 2.0, Dato’ Menteri Besar mengumumkan SISM40 membabitkan kerjasama MBI dan Telekom Malaysia (TM) selepas menyedari kesulitan dihadapi rakyat negeri ini dalam mendepani cabaran Covid-19.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut mengumumkan program Data Internet Selangor memanfaatkan 70,000 golongan sasar termasuk penjaja kecil, pelajar, ibu tunggal, pemandu teksi, warga emas dan pekerja ekonomi sampingan.

Maklumat lanjut berkenaan syarat kelayakan boleh hubungi 03-50304595/4596 (Isnin-Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang) kecuali cuti umum.


Pengarang :