Seorang penduduk menerima suntikan vaksin Covid-19 di Taman Murni, Sepang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 9 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI
AGENDANASIONAL

Lima lagi kluster baharu di Selangor, empat babit tempat kerja

SHAH ALAM, 23 JULAI: Empat daripada lima kluster baharu dicatatkan di Selangor semalam membabitkan jangkitan Covid-19 di tempat kerja.

Menerusi data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster itu direkodkan di Klang, Petaling, Kuala Selangor dan Hulu Langat.

Sebanyak 578 kes positif Covid-19 direkodkan pada kluster terbabit setakat ini.

Satu lagi kluster membabitkan jangkitan di institusi pendidikan swasta di Sepang dengan 20 kes wabak.

Sebanyak 32 kluster baharu direkodkan di seluruh negara semalam dengan 21 daripadanya membabitkan jangkitan di tempat kerja.

Tujuh lagi jangkitan komuniti dan masing-masing dua kluster institusi pendidikan swasta serta kumpulan berisiko tinggi.


Pengarang :