Wakil Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyerahkan set makanan kepada Rakan Strategik Agihan Fidyah Mais (RSAFM) untuk diagih kepada penerima yang terkesan pandemik Covid-19 sekitar Kuala Langat. Foto Facebook Majlis Agama Islam Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais bantu ringan beban 198 individu terkesan pandemik Covid-19

SHAH ALAM, 11 JULAI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan 198 set makanan asas bernilai RM100 kepada individu yang terkesan pandemik Covid-19 di sekitar daerah Kuala Langat semalam.

Penerima terdiri daripada golongan B40, mereka yang dibuang kerja, dicutikan majikan atau hilang punca pendapatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Bantuan disalur kepada Rakan Strategik Agihan Fidyah Mais (RSAFM) iaitu Sekolah Rendah Integrasi Miftahul Hikmah, Masjid Jamiul Ehsani, Masjid Al Fallah, Masjid Al Muttaqin, Masjid Al Ehsan dan Sahabat Hospital untuk diagih kepada penerima.

Mais memperuntuk sebanyak RM2 juta agihan fidyah bagi membantu 20,000 keluarga Islam yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Setakat 19 Jun, seramai 16,654 individu menerima manfaat daripada Program Agihan Fidyah yang dilancarkan sejak 28 Disember tahun lalu.

Masyarakat Islam yang ingin membayar fidyah secara dalam talian boleh berbuat demikian menerusi pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.


Pengarang :