ADN Sungai Kandis Zawawi Ahmad Mughni ditemui pemberita selepas program serahan minyak pelincir percuma kepada penghantar makanan sempena Hari Kemerdekaan ke-64 di Tapak Rakan Muda, Klang pada 31 Ogos 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

2,000 bakul makanan diagih kepada penduduk Sungai Kandis

KLANG, 31 OGOS: Sebanyak 2,000 bakul makanan diagih sepanjang tahun ini kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang terjejas akibat pandemik Covid-19 .

Wakil rakyat Mohd Zawawi Mohd Mughni berkata kebanyakan penerima terdiri golongan berpendapatan rendah selain mereka yang hilang sumber pendapatan.

“Bantuan berupa makanan asas seperti beras, minyak, gula dan tepung itu dapat mengelakkan mereka terputus bekalan makanan,” katanya selepas Program Minyak Hitam Percuma Penggerak Belia Selangor (PeBS) Sungai Kandis hari ini.

Menurutnya beberapa syarikat terkemuka antaranya IOI Corporation Bhd dan GM Klang turut menghulur bantuan kepada penduduk Sungai Kandis menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Kita alu-alukan syarikat korporat atau NGO (pertubuhan bukan kerajaan) untuk sama-sama membantu bagi menjaga keperluan rakyat ketika pandemik ini,” katanya.

Pada 9 Jun, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan bantuan tambahan RM50,000 setiap DUN bagi menjayakan Program Bakul Makanan menerusi Pakej Kita Selangor 2.0.


Pengarang :