Penyanyi hip hop tanah air, Altimet menyampaikan pendapat pada program “Bedah Buku Muhammad” yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook pada 10 Ogos 2021 – Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDA NASIONAL

Guna karya seni untuk sampai mesej, beri impak kepada masyarakat

SHAH ALAM, 11 OGOS: Semua cabang seni mampu memberi impak dalam kehidupan seseorang sekiranya mesej disampaikan dengan betul, kata penyanyi hip hop Altimet.

Beliau berkata karya yang ingin diketengahkan pula perlu mengikut saluran bersesuaian dan seiring keadaan semasa bagi menarik perhatian ramai.

“Dalam konteks nusantara, kita memiliki banyak cabang seni seperti gurindam, syair dan pantun. Jika disamakan zaman moden, pantun boleh (disampaikan) dengan Twitter manakala syair serta gurindam melalui siaran blog.

“Jadi, cabang seni memang memainkan peranan untuk menyampaikan sesuatu dan patut digunakan sebaiknya. Insya-Allah akan sampai (kepada masyarakat) jika mesej disampaikan itu baik,” katanya.

Pemenang trofi kategori persembahan terbaik menerusi lagu Amboi pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32 berkata demikian pada program bedah buku melalui siaran langsung di Facebook Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) malam tadi.

Program itu turut menampilkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sebagai panel selain penterjemah buku berjudul Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal, Al-Mustaqeem M Radhi dan Farhan Affandi.

 

 


Pengarang :