Penerima suntikan vaksin Covid-19 kelihatan ceria selepas menerima suntikan tersebut semasa program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Sungai Kandis di Hotel De Palma Shah Alam pada 3 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: 30 peratus penduduk Selangor lengkap vaksin

SHAH ALAM, 4 OGOS:  Sebanyak 1.42 juta orang atau 30 peratus daripada penduduk yang memohon vaksin telah lengkap menerima dua dos pelalian Covid-19, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi perkongsian infografik di Facebook memaklumkan sebanyak 70.6 peratus atau 3.35 juta penduduk menerima dos pertama pelalian.

Sejumlah 4.78 juta dos diberi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) manakala 217,995 telah disuntik melalui program Vaksin Selangor (Selvax).

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan Kerajaan Negeri kepada pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Selvax Komuniti pula memanfaatkan 250,000 rakyat yang belum divaksin membabitkan 500,000 dos.

Usaha membabitkan kos bernilai RM200 juta itu diiktiraf kerajaan persekutuan dan terangkum dalam kerangka PICK yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas serta pekerja industri.


Pengarang :