Dato’ Seri Amirudin Shari (tiga, kanan) meninjau lokasi tanah runtuh di Kemensah Heights, Hulu Klang pada 18 September 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB tinjau lokasi tanah runtuh Kemensah Heights

HULU KELANG, 18 SEPT: Dato’ Menteri Besar meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights di sini hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa lebih satu jam di lokasi kejadian bagi bertemu beberapa mangsa kejadian.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Nor Azmie Diron dan Ahli Dewan Negeri Hulu Klang Saari Sungib.

Keadaan lokasi tanah runtuh di Kemensah Heights, Hulu Klang pada 18 September 2021. Foto RADIN WAZIR

Semalam, berlaku kejadian tanah runtuh yang menjejaskan bahagian belakang 19 rumah teres dua tingkat di Jalan Kemensah Heights.

Timbalan pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata aliran air bawah tanah menyebabkan struktur tanah menggelongsor pada jam 9.30 malam semalam.


Pengarang :