Petugas kesihatan, memberi kaunseling sebelum penerima bersetuju bagi mengambil suntikan pelalian Covid – 19 ketika Program vaksinasi khas guru kafa dan pegawai masjid di Dewan Syarahan dan Muzakarah, Masjid Negeri, Shah Alam pada 22 September 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Selangor kekal catat jangkitan Covid-19 paras 1,000

SHAH ALAM, 30 SEPT: Jangkitan Covid-19 di Selangor kekal paras 1,000 hari ini iaitu 1,940 kes, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook juga menunjukkan jangkitan di seluruh negara kekal pada paras semalam iaitu 12,735 kes.

Sarawak kekal mencatat jangkitan tertinggi dengan 2,487 diikuti Johor (1,241), Kelantan (1,232) dan Kedah (1,033).

Kebanyakan negeri juga merekodkan kes tiga angka iaitu:

Sabah – 993
Perak – 913
Pulau Pinang – 763
Terengganu – 726
Pahang – 697
WPKL – 258
Melaka – 194
Negeri Sembilan – 132

Perlis – 97
WP Putrajaya – 28
WP Labuan – 1


Pengarang :