Ilustrasi keracunan makanan berpunca daripada bakteria, bahan kimia, logam berat, tumbuhan atau hasil laut beracun dalam makanan atau minuman tercemar. Foto ARKIB SELANGORKINI
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Berisiko maut, awas penyakit bawaan air

SHAH ALAM, 14 OKT: Air bersih adalah komponen penting kehidupan. Ia memberi banyak manfaat kepada kehidupan harian manusia. Namun air tidak bersih atau tercemar boleh mendatangkan pelbagai penyakit.

Penyakit ini tersebar melalui makanan dan minuman tercemar. Terdapat banyak punca jangkitan seperti bakteria, virus atau parasit yang dinamakan ‘feco-oral’.

Bayi, kanak-kanak, warga emas dan penghidap penyakit kronik adalah golongan paling berisiko dijangkiti. Orang ramai dinasihat memilih gerai yang bersih dan waspada ketika melakukan riadah air.

Segera ke klinik atau hospital jika bergejala. Kelewatan rawatan boleh membawa risiko maut. Wartawan AFIX REDZUAN menyusun maklumat mengenai penyakit ini.


Manfaat air

  • elak dehidrasi
  • selaras suhu badan
  • buang toksin bahaya
  • bantu proses cerna

Jenis penyakit

Keracunan makanan

  • punca daripada bakteria, bahan kimia, logam berat, tumbuhan atau hasil laut beracun dalam makanan atau minuman tercemar
  • gejala seperti demam, sakit sendi dan badan, muntah, cirit dan ruam
  • boleh akibatkan lumpuh atau sakit sendi kronik selain kematian jika tiada rawatan awal

Kencing tikus (leptospirosis)

  • punca daripada bakteria leptospirosis interrogans menerusi kencing tikus
  • gejala seperti demam, muntah, sakit sendi dan badan
  • kuman juga mudah masuk kulit yang luka, minuman dan makanan
  • jangkitan turut berlaku jika hirup udara mengandungi titisan air kencing tercemar

Demam kepialu (typhoid)

  • punca daripada bakteria Salmonella typhi (S. typhi) dalam darah, air kencing, najis pesakit dan pembawa
  • gejala seperti demam, sakit sendi dan badan, muntah, cirit dan ruam
  • pembawa adalah individu yang mempunyai bakteria tifoid dalam saluran penghadamannya tetapi tidak bergejala demam
  • pembawa sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bakteria tifoid dalam najis dan seterusnya jangkiti orang lain
  • tempoh pengeraman bakteria antara 3 hari hingga 3 bulan (purata 1 hingga 3 minggu)
  • gejala lebih serius kuning (jaundice), pendarahan dan komplikasi lain termasuk kematian

Cirit-birit berdarah (Dysentery)

  • punca daripada patogen bakteria dan protozoa
  • gejala seperti cirit birit, najis mengandungi darah, demam, kekejangan
  • kenalpasti darah dalam najis melalui ujian mikroskopik atau biokimia
  • komplikasi boleh berlaku jika hilang air terlalu banyak hingga jejaskan jantung dan buah pinggang

Hepatitis A

  • punca daripada virus hepatitis A
  • gejala seperti demam, sakit sendi dan badan, muntah
  • virus biasanya keluar melalui najis dan air kencing pesakit atau pembawa
  • boleh memasuki badan melalui:
    – makanan atau minuman terdedah virus
    – makanan terdedah dihinggapi lalat membawa virus
    – makan makanan bercengkerang seperti kerang yang diambil daripada air tercemar

Amalkan langkah elak keracunan makanan

  • minum air yang dimasak
  • elak ambil makanan terdedah dan mentah
  • kupas kulit buah
  • tutup makanan dan minuman
  • guna air bersih semasa cuci
  • cuci botol susu atau bekas makanan bayi
  • pilih gerai yang bersih ketika makan di luar
  • bersihkan kawasan rumah
  • pastikan sumber air selamat dan bersih.
  • sebelum makan pastikan bahan-bahan:
    – dibasuh
    – dikupas
    – dimasak

 


Pengarang :