Petugas kesihatan Klinik Selcare mengambil sampel ujian kit pantas antigen (RTK-Ag) ke atas peserta Program Saringan Komuniti Covid-19 yang diadakan secara percuma di Dewan MPAJ Pandan Indah, Ampang pada 11 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jangkitan harian 9,890 kes, tiada negeri lepasi paras 1,500

SHAH ALAM, 7 OKT: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara meningkat sedikit kepada 9,890 kes berbanding 9,380 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan jangkitan di Selangor naik lebih 200 kes kepada 1,402 berbanding 1,116 kes semalam.

Sarawak kekal mencatat jangkitan tertinggi dengan 1,413 kes berbanding 1,503 semalam, diikuti Kelantan (1,032) manakala Johor menghampiri 1,000 kes dengan merekod 993 kes.

Angka bagi negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Sabah – 820
Perak – 794
Pulau Pinang – 721
Terengganu – 699
Pahang – 564
Kedah – 503
Melaka – 260
Kuala Lumpur – 250
Perlis – 200
Negeri Sembilan – 180

Putrajaya – 59
Labuan – 0


Pengarang :