Selangorkini
Kerajaan Negeri menmperuntukkan sebanyak RM127 juta bagi membeli 1.25 juta dos suntikan Vaksin Selangor (Selvax) untuk melindungi rakyat daripada jangkitan Covid-19. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

22.7 juta populasi dewasa lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 30 NOV: Seramai 22,665,493 individu atau 96.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 23,010,447 individu atau 98.3 peratus bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Sementara itu 2,705,253 atau 85.9 peratus individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksinasi manakala 2,819,774 atau 89.5 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu 109,139 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 6,711 suntikan dos lengkap, 4,538 dos pertama dan 97,890 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,345,233 dos.

Selain itu jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 2,332,750.

-BERNAMA


Pengarang :