Kerja pembaikan paip usang dilaksana Air Selangor di blok Pangsapuri Taman Suria Pendamar pada 22 Oktober 2021. Foto Facbook Pusat Khidmat Rakyat N46 DUN Pelabuhan Klang YB Azmizam Zaman Huri
ADNSELANGOR

Air Selangor baik pulih paip usang pangsapuri di Pelabuhan Klang

SHAH ALAM, 14 NOV: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjalankan kerja pembaikan paip usang di empat blok Pangsapuri Taman Suria Pendamar, Pelabuhan Klang.

Wakil rakyatnya Azmizam Zaman Huri berkata agensi terbabit melaksanakan kerja baik pulih berkenaan pada 22 Oktober lalu.

“Kerja pembaikan ini adalah untuk mengenal pasti serta membaiki masalah paip lama yang telah bocor dan menggantikan dengan paip yang baru.

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Air Selangor di atas tindakan pantas yang diambil demi menjamin keselesaan penduduk di Pangsapuri Taman Suria Pendamar ini,” katanya di Facebook.

Pada Oktober lalu, Azmizam bersama wakil penduduk pangsapuri terbabit dan Air Selangor mengadakan lawatan tapak dan membincangkan isu berbangkit berhubung masalah air yang sering berlaku di situ.


Pengarang :