Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika mengadakan sidang media khas berkenaan isu banjir di pusat pentadbiran Kerajaan Negeri di Shah Alam pada 21 Disember 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Tatacara mohon bantuan RM1,000 mangsa banjir diumum Isnin

SHAH ALAM, 22 DIS: Tatacara permohonan bantuan RM1,000 untuk keluarga mangsa banjir negeri ini akan diumumkan Isnin depan, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan proses tersebut sedang dimuktamad bagi memudahkan orang ramai yang terkesan mendapat bantuan segera.

“Ramai yang bertanya tatacara permohonan dan ada juga tunjukkan borang perlu bermacam perkara dilakukan bagi permohonan.

“Saya ingin memaklumkan kita sedang muktamad proses yang cepat tanpa pergi banyak agensi. Minggu depan Isnin saya akan umumkan,” tulisnya di Twitter pagi ini.

Semalam, Kerajaan Negeri mengumumkan dana RM100 juta bagi permulaan program Selangor Bangkit susulan insiden banjir di beberapa daerah mulai Sabtu.

Selain pemulihan infrastruktur, Amirudin berkata peruntukan itu meliputi bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa banjir yang terkorban.

Beliau menjelaskan sumbangan RM1,000 turut diagihkan kepada ketua isi rumah bagi membaik pulih semula kediaman dan barangan yang rosak.


Pengarang :