Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara SK Johan Setia, Klang pada 19 Disember 2021. Foto Twitter Amirudin Shari
AGENSISELANGOR

MBSA buka lebih banyak pusat pemindahan bantu mangsa banjir

SHAH ALAM, 19 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuka lebih banyak pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir.

Perkara itu dimaklumkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter, yang berkongsi senarai PPS terlibat bagi rujukan orang awam.

Lokasi melibatkan kawasan tengah antaranya Dewan Jenjarum Seksyen 11, utara (Dewan Rozel Seksyen U6), selatan (Dewan Azalea Seksyen 25) dan dewan kecil (Dewan Kerayung Seksyen 25).

Orang ramai yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Bilik Pantas MBSA di talian 03-5510 5811.

Berikut senarai lokasi PPS:

 


Pengarang :