Dato’ Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari (tiga, kiri) menyantuni mangsa banjir ditempatkan di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Johan Setia, Klang pada 19 Disember 2021. Foto RADIN WAZIR
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Negeri pertingkat usaha tangani banjir luar biasa

SHAH ALAM, 19 DIS: Kerajaan Selangor mengambil tindakan segera bagi menangani masalah banjir luar biasa seterusnya membantu penduduk negeri ini.

Dato’ Menteri Besar berkata tindakan tersebut diambil berikutan hujan lebat dengan catatan luar biasa mengatasi bacaan sebelumnya.

“Taburan hujan telah mencecah 380mm (milimeter) iaitu dua kali ganda taburan hujan tertinggi yang dicatat sebelum ini (kira-kira 180mm),” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook hari ini.

Beliau berkata usaha sedang dipertingkatkan dan berikut tindakan yang diambil:

1. Pengoperasi 46 pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi keperluan asas seperti pakaian, makanan, cecair pembasmi kuman, pelitup muka serta bilik kecil untuk urusan peribadi keluarga

2. Saringan Covid-19 secara berkala dan percuma serta PPS khusus bagi mangsa yang dikesan positif Covid-19

3. Pengerahan aset Kerajaan Negeri seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Angkatan Tentera Malaysia

4. Penyediaan tangki air bergerak di PPS oleh Air Selangor

5. Koordinasi oleh Smart Selangor Operation Centre (SSOC) yang beroperasi 24 jam

6. Gerakan pasukan sukarelawan Team Selangor dan sukarelawan Selangor (SERVE) bagi membantu proses menempatkan penduduk di PPS, agihan bantuan awal serta pemberishan selepas air surut

7. 134 pintu air ditutup bagi mengelakkan limpahan air ke kawasan perumahan

8. 93 pam beroperasi secara penuh untuk mempercepatkan aliran air ke perparitan sungai


Pengarang :