Penduduk kampung terpaksa meredah banjir berikutan hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan di Kampung Johan Setia, Klang pada 18 Disember 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Pasangan warga emas dipapah harungi banjir di Kampung Padang Jawa

KLANG, 20 DIS: Pasangan  warga emas terpaksa dipapah ketika mengharung banjir bagi berikutan air melimpahi rumahnya di Kampung Padang Jawa di sini pada Sabtu lalu.

Syed Kamaruddin Syed Doh, 68, bersama isteri dipapah anak dan menantunya selama 15 minit meredah air sebelum mereka diselamatkan sukarelawan bersampan.

“Saya jalan perlahan sebab sudah tua. Memang tidak larat. Anak menantu tolong papah dari rumah,” katanya kepada Selangorkini di pusat pemindahan sementara di Sekolah Rendah Agama Padang Jawa di sini hari ini.

Beliau mulanya menyangka banjir pada Jumaat mula reda sebaliknya paras air naik mendadak hingga cecah dada pada keesokannya, lebih-lebih lagi rumahnya di tepi sungai.

“Sehari sebelum itu air sudah naik tetapi surut semula. Baru bersihkan rumah tiba-tiba hujan sepanjang hari.

“Pada Sabtu, banjir sekali lagi. Kali ini, lebih besar sampai tidak sempat selamatkan barang-barang,” katanya yang kini tinggal sehelai sepinggang.


Pengarang :