Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin (kanan) bersama Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican (tengah) bercakap kepada media ketika Program Pembersihan Mega di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 8 Januari 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

77,465 tan sisa banjir diurus di lima negeri, lebih separuh di Selangor

SHAH ALAM, 8 JAN: Sebanyak 77,465 tan sisa banjir diurus SWCorp di lima negeri iaitu Pahang, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka dan Selangor setakat ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata daripada jumlah itu sebahagian besarnya adalah di negeri ini iaitu 48,100 tan yang diurus secara bersama KDEB Waste Management.

“Sebanyak RM12.5 juta telah disediakan KPKT bagi membolehkan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri-negeri terjejas. Ini termasuk RM5.03 juta bagi Selangor sahaja.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin (tengah) membuat tinjauan bagi melihat keadaan sampah sarap lonkang tersumbat ketika Program Pembersihan Mega di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 8 Januari 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Hasil kerjasama SWCorp dan KDEB hampir 50,000 tan sisa sampah dikeluarkan dengan di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sahaja sebanyak 20,500 tan sisa banjir diuruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian program mega pembersihan pascabanjir di Taman Sri Muda di sini, hari ini yang turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Pada program itu seramai 1,400 sukarelawan dan 600 pekerja pembersihan terlibat untuk sama-sama membersihkan kawasan terjejas khususnya longkang dan belakang lorong yang sukar dimasuki lori.

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

Susulan itu, semua aset Kerajaan Negeri dan agensi persekutuan termasuk bomba, polis dan tentera dikerah bagi memindahkan mangsa ke tempat selamat selain mengagih barang keperluan asas.


Pengarang :