Lee Zii Jia menewaskan pemain Perancis, Brice Leverdez 21-17, 21-5 dalam perlawanan peringkat kumpulan Olimpik Tokyo pada 28 Julai 2021 – Foto Majlis Sukan Negara (MSN)
AGENDASUKANKINI

Zii Jia tinggalkan BAM, ‘tidak tahan tekanan’

SHAH ALAM, 19 JAN: Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara Lee Zii Jia meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan badan berkenaan menerima surat peletakan jawatan Zii Jia pada 11 Januari, lapor Berita Harian.

Mendakwa pemain itu memberi alasan tidak tahan tekanan, beliau berkata perbincangan ada dibuat bagi memujuk Zii Jia yang bersama badan itu sejak berusia 13 tahun supaya kekal bersama skuad kebangsaan.

“Dia baru saja memenangi satu gelaran Seluruh England (2020) dan seharusnya dia kekal fokus dan kekal bersama BAM. Namun, dia mengatakan yang dirinya bukan Chong Wei dan tidak boleh tahan tekanan,” katanya.

BAM dijangka membuat pengumuman berkaitan perkara berkenaan pada 21 Januari.


Pengarang :