Penguat kuasa MPKj membuat pemeriksaan di salah sebuah premis di kawasan pentadbirannya pada tahun lalu. Foto ihsan MPKj
PBTSELANGOR

Pusat urut antara ratusan premis gagal dapat lesen, ubah suai tanpa kebenaran

SHAH ALAM, 19 JAN: Mengubah suai premis tanpa kebenaran antara sebab permohonan lesen perniagaan ditolak oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sepanjang tahun lalu.

Antara premis terlibat ialah pusat urut tradisional, perindustrian, kedai makan dan kedai gunting rambut, kata Pegawai Perhubungan Awamnya Kamarul Izlan Sulaiman.

“Mereka juga dikesan membuat permohonan perniagaan lain tetapi ketika beroperasi perniagaan jenis lain pula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah pihaknya mengeluarkan 300 notis amaran dan surat pemakluman lesen ditolak selain
135 kompaun kerana berniaga tanpa lesen serta lesen tamat tempoh.

Kamarul Izlan turut memberi amaran akan mengambil tindakan tegas dengan menyita premis berkenaan jika masih gagal mematuhi arahan ditetapkan.

“Dalam notis tersebut pihak jabatan menyenaraikan sebab lesen ditolak dan perkara yang perlu pemohon patuhi untuk pertimbangan kelulusan lesen perniagaan,” katanya lagi.


Pengarang :