Gempa bumi sederhana melanda Mindanao, Filipina pada jam 2.15 petang, 26 Februari 2022. Foto Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia
AGENDANASIONAL

Gempa bumi sederhana landa Mindanao, Filipina

KUALA LUMPUR, 26 FEB: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 2.15 petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 53 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 166 km utara Pulau Talaud, Indonesia.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

— BERNAMA

 

 


Pengarang :