Anggota bomba memadam kebakaran kereta Perodua Myvi di Parit 3 Timur, Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 3 Februari 2022. Foto Ihsan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar
AGENSISELANGOR

Kereta hangus akibat api bakar sampah merebak

SHAH ALAM, 3 FEB: Sebuah Perodua Myvi hangus dipercayai akibat pembakaran sampah yang merebak ke kenderaan tersebut dalam kejadian i Parit 3 Timur, Sungai Panjang, Sabak Bernam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.46 pagi, lapor Berita Harian.

Hafisham Mohd Noor menjelaskan, sepasukan empat anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar dikejarkan ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.

“Ketika kejadian, pemilik kereta berusia 38 tahun berada di dalam rumah keluarganya. Kebakaran berpunca daripada pembakaran sampah dan dipercayai merebak ke kenderaan terbabit.

“Pemilik kenderaan cuba memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api tetapi gagal. Dia kemudian menghubungi bomba,” katanya.


Pengarang :