AGENDANASIONAL

Lonjakan hampir 2,000 kepada 19,090 kes Covid-19 hari ini

SHAH ALAM, 10 FEB: Jumlah jangkitan Covid-19 meningkat hampir 2,000 kes kepada 19,090 orang hari ini berbanding 17,134 kes semalam.

Seperti sebelum ini, lebih kurang 99 peratus pesakit atau 18,977 orang dalam kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan).

“Daripada kes yang dilaporkan pada hari ini, 113 kes atau 0.59 peratus adalah dalam kategori 3, 4 dan 5,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah di Twitter.

Majoriti berada dalam kategori 2, pecahan jumlah kes mengikut kategori seperti berikut:

Kategori 1: 4,898 kes (25.66 peratus)
Kategori 2: 14,079 kes (73.75 peratus)
Kategori 3: 79 kes (0.41 peratus)
Kategori 4: 28 kes (0.15 peratus)
Kategori 5: 6 kes (0.03 peratus)

Aliran peningkatan ketara kes dikesan sejak seminggu lalu bermula pada Khamis lepas dengan 5,720 kes, 10,089 kes (Ahad) dan 13,791 (Selasa).

Kadar tertinggi melebihi 20,000 kes pernah dicatatkan pada 20 Ogos lalu iaitu 23,564 kes, dengan 19,714 kes atau 83.7 peratus membabitkan warganegara.

Maklumat terperinci dimuat naik ke laman CovidNow di https://covidnow.moh.gov.my


Pengarang :