AGENDANASIONAL

Ribut petir, hujan diramal berlaku petang hingga malam ini di Selangor

SHAH ALAM, 22 FEB: Sebahagian besar Semenanjung termasuk Selangor dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pada waktu petang hingga 9 malam ini.

Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), negeri lain yang berdepan cuaca sama ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Manakala negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, sebahagian besar Sarawak dan beberapa lokasi di Sabah mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 8 malam ini.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut jabatan itu di Facebook.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman web www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :