EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman menjawab soalan pada sidang Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Keempat Belas Tahun 2022 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 21 Mac 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kaunseling percuma bantu turunkan lebih 2,000 kes gejala sosial

SHAH ALAM, 21 MAC: Beberapa inisiatif dilaksana Kerajaan Negeri membantu menurunkan kes gejala sosial kepada 14,725 tahun lalu berbanding 17,244 kes pada 2020.

Pengurangan lebih 14 peratus antaranya didorong oleh perkhidmatan kaunseling secara percuma melalui Pusat Kaunseling Selangor, kata EXCO pembangunan modal insan.

“Perkhidmatan dengan kerjasama kaunselor sukarela berdaftar di Kompleks PKNS Shah Alam ini disediakan sebagai alternatif pemulihan,” kata Mohd Khairuddin Othman.

Bercakap dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini, beliau berkata masalah sosial akibat pengangguran pula dikurangkan melalui penganjuran program Karnival Kerjaya.

“Kita juga menyalur dana RM305,000 mulai tahun 2020 kepada pusat perlindungan bagi pelaksanaan program pemantapan sahsiah diri serta minda selain menampung keperluan harian,” katanya.

 


Pengarang :