ADN Kota Anggerik Najwan Halimi (depan, dua dari kiri) bergambar bersama penerima baucar Jom Shopping Aidilfitri di Pusat Khidmat Masyarakat DUN terbabit pada 19 April 2022. Foto Facebook Najwan Halimi
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Kota Anggerik peruntuk RM80,000 agih baucar beli-belah Aidilfitri

SHAH ALAM, 20 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik memperuntuk sejumlah RM80,000 bagi pemberian baucar Jom Shopping Aidilfitri.

Wakil rakyat Najwan Halimi berkata daripada jumlah itu seramai 800 penerima berpendapatan rendah (B40) menerima manfaat tersebut semalam.

“Pagi ini saya meraikan para penerima bantuan Jom Shopping Aidilfitri DUN Kota Anggerik 2022.

“Alhamdulillah, seramai 800 penerima dari kategori B40 menerima manfaat bantuan baucar beli-belah bernilai RM100,” katanya menerusi Facebook.

Kerajaan Selangor memperuntukkan sejumlah RM3.34 juta tahun ini untuk agihan baucar beli-belah sempena Aidilfitri yang memanfaatkan 33,400 ketua isi rumah B40.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan menyasarkan golongan kurang mampu sebagai inisiatif jangka panjang bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.


Pengarang :