Ubat antiviral Paxlovid bagi rawatan Covid-19 keluaran Pfizer. Foto Twitter Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah
AGENDANASIONAL

Empat kluster baharu, 6,968 kes jangkitan Covid-19 direkod semalam

SHAH ALAM, 21 APRIL: Sebanyak 6,968 kes jangkitan harian Covid-19 direkodkan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata 8,267 kes sembuh dicatatkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh kepada 4,283,013 kes.

Katanya, 16 kes kematian turut dilaporkan semalam termasuk 8 kes kematian di luar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat semalam kepada 35,465 kes.

“Ketika ini, 88,489 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 183 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,955 kes dirawat di hospital.

“Seramai 97 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 34 pesakit di ICU tidak memerlukan bantuan pernafasan dan baki 63 kes di ICU memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, setakat semalam tiada negeri yang mencatatkan penggunaan katil kes kritikal atau ICU dan katil bukan ICU melebihi 50 peratus.

“Daripada 243 kes Covid-19 yang dimasukkan ke hospital semalam, sebanyak 119 kes atau 49 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala 124 kes atau 51 peratus adalah kategori 1 dan 2,” katanya.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori:

Kategori 1: 2,854 kes (40.96 peratus)
Kategori 2: 4,083 kes (58.60 peratus)
Kategori 3: 11 kes (0.16 peratus)
Kategori 4: 8 kes (0.11 peratus)
Kategori 5: 12 kes (0.17 peratus)

Sebanyak empat kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah kluster aktif setakat semalam adalah 106.


Pengarang :