Petugas Kesihatan Selcare memasukkan sampel calitan ke dalam bekas khas ketika Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 8 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jumlah jangkitan harian turun lebih 1,000 kepada 17,476 kes

SHAH ALAM, 2 APRIL: Angka jangkitan harian Covid-19 turun 1,084 kes kepada 17,476 semalam berbanding kelmarin, dengan kebanyakan pesakit tidak bergejala.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 99.37 peratus atau 17,365 orang dalam kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan).

“Daripada jumlah yang direkodkan, sebanyak 111 kes atau 0.63 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5,” katanya dalam kenyataan.

Berikut pecahan kes mengikut kategori:

  • Kategori 1: 9,813 kes (56.15 peratus)
  • Kategori 2: 7,552 kes (43.22 peratus)
  • Kategori 3: 37 kes (0.21 peratus)
  • Kategori 4: 37 kes (0.21 peratus)
  • Kategori 5: 37 kes (0.21 peratus)

Jumlah jangkitan mencecah lima angka bermula 6 Februari lalu dengan 10,089 kes. Kelmarin, jumlah harian pesakit Covid-19 merekodkan 18,560 kes.

Jumlah terkumpul jangkitan adalah 4,219,395 kes sejak dua tahun lalu.


Pengarang :