Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap dalam Majlis Iftar Perdana Cabang Gombak di Dewan Sri Siantan, Gombak pada 17 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Pimpinan KEADILAN Gombak digesa terus bantu masyarakat, pertahan kemenangan

GOMBAK, 18 APRIL: Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Cabang Gombak diingatkan terus melaksanakan kerja di lapangan dan menjalankan tanggungjawab membantu penduduk.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kerja keras perlu ditonjolkan supaya pentadbiran Kerajaan Negeri serta peringkat cabang dapat dipertahankan.

“Disebabkan kerja kita menang namun kerja juga boleh sebabkan kita kalah. Jadi kena rapatkan hubungan, beri orang lain percaya kepada kita. Teruskan perjuangan ini demi masa depan.

“Kalau semua kerja kita laksana dengan baik, kita boleh jadikan Gombak sebagai contoh raih kemenangan,” katanya berucap di Majlis Iftar Perdana bersama pimpinan KEADILAN Cabang Gombak di Dewan Seri Siantan semalam.

Dalam majlis berkenaan kira-kira 500 pemimpin akar umbi Gombak melibatkan Dewan Undangan Negeri Sungai Tua, Gombak Setia Dan Hulu Kelang dirai.

Terdahulu Amirudin yang merupakan ketua cabang mengagihkan 300 pek roti john dan kurma kepada pengunjung serta peniaga Bazar Ramadan Taman Samudera, Batu Caves.

Beliau dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad turut meluangkan masa beramah mesra dengan hampir 80 peniaga yang beroperasi di bazar berkenaan.


Pengarang :