The Fashion Journal di Setia City Mall, Shah Alam pada 7 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Tujuh jenama produk tempatan diketengah sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 7 APRIL: Sempena Aidilfitri ini ruangan fesyen The Fashion Journal di Pusat Beli Belah Setia City menampilkan tujuh jenama produk tempatan.

Terletak di Aras UG-135, The Fashion Journal menampilkan jenama Bayu Somerset, LOCKA dan UMMA yang merupakan produk pakaian seperti baju kurung, kebaya dan rekaan versatil.

Ia turut menampilkan Binwanis iaitu pilihan fabrik fesyen gaya harian dan dua produk kosmetik jenama NITA dan SYEDEWA selain pengunjung dapat menikmati kopi di Oh Apong yang berkonsep bar kopi.

Antara jenama yang terdapat di The Fashion Journal termasuklah Bayu Somerset, LOCKA, UMMA, NITA, SYEDEWA, BINWANIS serta Oh Apong di Setia City Mall, Shah Alam pada 7 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarah Lendlease Tan Dee Wah berkata pihaknya mewujudkan The Fashion Journal khusus untuk usahawan tempatan yang mempunyai jenama tetapi tiada kedai fizikal.

“The Fashion Journal ini merupakan cawangan pertama dan ruang premis ini direka untuk menyokong produk tempatan.

“Ini sebagai salah satu membantu golongan usahawan meluaskan pasaran dan produk masing-masing,” katanya.

Tambah Dee Wah, pihaknya berharap sempena Aidilfitri ini semua pemilik jenama mengambil peluang memperkenalkan produk mereka ke pasaran lebih luas.

“Saya berharap ketujuh-tujuh jenama produk ini semakin dikenali dan sudah pasti banyak promosi menarik diberikan sempena Aidilfitri,” katanya.


Pengarang :