Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad (tiga, kiri) menyantuni urusetia Puspanita dalam Program Sokongan Psikologi Bekas Pesakit Covid-19 di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK, Shah Alam pada 15 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

32 DUN terima RM64,000 jayakan sambutan Hari Ibu selama sebulan

SHAH ALAM, 10 MEI: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) mengagihkan RM64,000 kepada 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menjayakan sambutan Hari Ibu.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhamad berkata sambutan dibuat secara berperingkat selama sebulan mulai 8 Mei dengan setiap DUN bebas merancang aktiviti.

“DUN juga akan memberi anugerah melibatkan beberapa kategori kepada wanita yang cemerlang menjaga keluarga dan mendidik anak-anak sehingga berjaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Masdiana menjelaskan sambutan berkenaan juga bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara persatuan dengan masyarakat setempat.

“Pekawanis sentiasa berusaha untuk bersama-sama dengan komuniti dalam melaksanakan pelbagai program bermanfaat,” katanya lagi.

 


Pengarang :