Sukarelawan Selangor mengacau dodol ketika program Dodol Vaganza 4.0 di perkarangan Pasaraya CLC Semenyih pada 30 April 2022. Foto Facebook Selangor Lestari by Team Selangor
AGENSISELANGOR

200 sukarelawan Team Selangor sedia 15 kawah dodol di Semenyih

SHAH ALAM, 10 MEI: Seramai 200 sukarelawan Team Selangor terlibat dalam penyediaan 15 kawah dodol menerusi program Dodol Vaganza 4.0 di Semenyih bulan lalu.

Agens berkata program itu dianjurkan bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) MPKj Zon 20 dan Skuad Zon 20.

“Program ini melibatkan sukarelawan di sekitar Semenyih.

“Sebanyak 200 sukarelawan daripada pelbagai kaum telah bersama-sama menyediakan 15 kawah dodol,” tulisnya di Facebook.

Tambahnya, program itu bukan sahaja menyemarak semangat kesukarelawan, bahkan mengeratkan hubungan di antara komuniti dan pemimpin tempatan.


Pengarang :