Imej komputer yang dihasilkan oleh Nexu Science Communication bersama Kolej Trinity College di Dublin menunjukkan struktur model betakoronavirus, yang dikaitkan dengan Covid-19, dikongsi bersama REUTERS pada 18 Februari 2020.
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 naik selepas seminggu Syawal tepati ramalan KKM

SHAH ALAM, 10 MEI: Peningkatan kes harian Covid-19 seminggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri sudah dijangkakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata orang ramai perlu membiasakan diri dengan pasang surut jangkitan wabak berkenaan dalam tempoh tertentu.

“Seperti yang diramalkan, terdapat sedikit peningkatan dalam kes selepas minggu pertama Syawal.
Kita perlu membiasakan diri dengan gelombang virus yang akan memuncak dan surut.

“Selagi tahap keterukan masih rendah, kita boleh terus beralih ke fasa endemik,” katanya di Twitter hari ini.

Pada 2 Mei, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjangka kes baharu Covid-19 meningkat selepas Aidilfitri, namun majoriti dalam kategori 1 dan 2.

Jelasnya, ramalan itu mengambil kira trend kes wabak berkenaan untuk tempoh dua bulan lepas dengan 99.5 peratus tiada gejala atau bergejala ringan.

Jangkitan harian kembali melepasi 2,000 kes iaitu 2,153 kes kelmarin dan 2,246 kes setakat semalam.


Pengarang :