Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Lembah Klang dijangka ribut petir, hujan hingga 7 malam

SHAH ALAM, 25 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 7 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama turut diramalkan di Perak melibatkan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar. Bagan DatukHilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Manakala Terengganu di Dungun dan Kemanan, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan dan Pekan), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson) serta Johor (Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sarawak pula meliputi Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga) dan Limbang serta Sabah (Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu)).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :