Isteri Dato’ Menteri Besar Datin Seri Masdiana Muhamad menyampaikan duit raya kepada anak yatim dalam majlis hari raya Aidilfitri Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 10 Mei 2022. Foto PNSB
AGENSISELANGOR

PNSB rai anak yatim, pelajar tahfiz sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 12 MEI: Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) meraikan 50 anak yatim dan 46 pelajar tahfiz dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri pada Selasa lalu.

Agensi tersebut memaklumkan sambutan hari lebaran melibatkan anak yatim Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Sungai Buloh dan pelajar tahfiz Darul Quran Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (Pitas), Klang diadakan di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 13 di sini.

“Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad yang hadir dalam majlis itu menyampaikan sumbangan duit raya serta cenderahati kepada mereka,” katanya dalam kenyataan.

PNSB menambah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haris Kasim; Penasihat Undang-undang Negeri, Dato’ Salim Soib @ Hamid; Pegawai Kewangan Negeri Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin serta ahli majlis mesyuarat Kerajaan Negeri dan ahli lembaga pengarah PNSB turut hadir.

Tidak ketinggalan, ketua jabatan Kerajaan Negeri, yang dipertua pihak berkuasa tempatan, pegawai daerah, ketua syarikat Kerajaan Negeri dan rakan korporat PNSB.


Pengarang :